Saturday 27 April 2013

Antara Muka Ketat Dengan 4 Cara Kaya Iman

|♥ BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN ♥|


Perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza - Slot Motivasi Pagi di Ikim.Fm pagi tadi.. =]

Secara umumnya., kita perlu banyak bahagiakan orang lain untuk bahagiakan diri sendiri.. ^_^

Caranya.? Adalah melakukan sedikit perubahan..
Ketika ke tempat kerja..mulakan dengan:

1. Senyuman- maniskan muka selalu ^_^
2. Beri salam - pada semua orang yang kita jumpa
2. Sedekah Doa pada orang lain
Bila lihat orang susah hati, biasanya hati tertanya 
"kenapala muka dia ni ketat sangat?" 
"dia ni time solat je ngelat la tu!"
"rugged nya minah ni, tak reti-reti ke nak pakai tudung?"

Gantikan kalimah2 tersebut dengan niat:
"Ya Allah gembirakanlah dia" 
"Ya Allah berilah hidayah pada sahabatku ini untuk berubah"

4. Beri hadiah - tanpa perlu tunggu hari jadi/ perayaan.


- contoh beli tudung untuk kawan pejabat..dengan niat saja-saja. 
kerana Nabi sebut "Kalau kita nak saling berkasih-sayang hendaklah saling memberi hadiah"
Sesungguhnya perasaan ini akan mewujudkan rasa seronok, orang niat berjahat pada kita pun tak jadi.

- Seorang pengkaji Barat pernah menguji samada membahagiakan orang akan membuatkan kita bahagia. Contoh dalam keadaan sedang stress dalam kereta, ketika bayar tol, dia bayarkan untuk orang di kereta belakang walau tak kenal. Walau tak tahu apa reaksi orang tersebut, tapi ternyata ia amat menggembirakan diri sendiri! 
(amalan ini boleh dibuat sesekali/ bila mampu)

Nabi pernah juga berpesan..
"Kita penuhi hajat orang lain, orang penuhi hajat kita."

- Isi beg dengan coklat/gula-gula..beri pada mana-mana kanak-kanak2 bila berjumpa.

- Buat cucur/jemput-jemput..beri pada kanak-kanak di taman perumahan kita makan..

- Beli selipar jepun rm2, letak di mana-mana masjid/surau 

Waktu susah hati..jangan tunggu orang selesaikan masalah kita. Buat sesuatu untuk gembirakan orang lain. 
Nabi sebelum balik ke rumah, pasti di tangannya ada buah tangan.

Cubalah tips -tips di atas., Allah akan beri ganjaran., in shaa Allah..
Subhanallah Tabarakallah.. ^_^


Web Artikel Asal: KLIK SINI 

No comments:

Post a Comment