Saturday 27 April 2013

MLM Kekasih


Cerita 1
Aku pernah terbaca satu artikel yang sumbernya aku dah tak ingat kat mana dan aku selalu amalkan, rasanya di fb tak silap aku.. bila dalam hati merasakan dirindui oleh seseorang bacakan al-fatihah kemudian berdoa " Ya Allah seandainya perasaan rindu ini daripada "nama individu yang kenal/disukai", kau permudahkan jodohku denganya dan berikan persaan rinduku ini kepadanya. Seandainya persaan ini hanya bisikan syaitan, lindungi aku daripada perasaan-perasaan yang melalaikan dan kuatkan keimanan ku untuk menepuh segala dugaan yang Kau berikan.

Cerita 2
Dalam kehidupan seharian sama ada pekerja atau pelajar, tentu ada masa yang kurang bahagia.. Jadi salah satu cara untuk mengubati persaaan ini adalah dengan mendoakan individu lain tanpa diketahui oleh individu tersebut. Antara doa yang aku baca terutamanya selepas solat ialah " Ya Allah, Kau berikan kepada mereka "nama induvidu"  suami yang soleh,anak yang soleh, dimurahkan rezeki dan kebahagian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang." Dengan menyebut nama individu tersebut doa anda akan lebih jelas. Doa ini saya khususkan untuk mendapat calon isteri/suami yang solehah dan jodoh cinta yang dihadirkan oleh Alllah bukan perasaan cinta yang hadir dengan melihat wajahnya yang cantik/hensem sahaja

Bersambung.. .







No comments:

Post a Comment