Tuesday 23 April 2013

Pemimpin Yang Ku Impikan(dari hati bakal isterimu)




Buat bakal suamiku...
di atas tikar sejadah ini
ku mengukir sebuah doa
ku mengukir sebuah harapan
ku mengukir sebuah permintaan..



Doaku,
agar engkaulah yang terbaik sebagai imam dalam hidupku
agar engkaulah yang terbaik sebagai pendorong hidupku
agar engkaulah yang terbaik sebagai kekuatan buatku
dan...agar engkaulah yang terbaik buatku selamanya

Harapanku,
agar kau bersamaku dalam perjuangan agama-Nya
agar kau bersamaku dalam membesarkan mujahid dan mujahidah di jalanNya
menghantar mereka menjadi hafiz dan hafizah
agar kau bersamaku hingga ke syurgaNya
dan...agar engkaulah yang terbaik buatku selamanya

Permintaanku,
agar kau menerima diriku seadanya
agar kau tidak hanya menghargai apa ada pada luaranku
agar kau tidak membenciku kerana kelemahan dan keburukanku
kerana...
aku bukanlah wanita sehebat saidatina khadijah
aku bukanlah wanita sepintar saidatina aisyah
aku bukanlah wanita setabah asiyah
aku bukanlah wanita secekal siti maryam
dan......
aku bukanlah sehebat si dia yang pernah menjadi tarikanmu...

aku hanyalah muslimat biasa yang berusaha menjadi solehah..

terimalah aku seadanya....
bukan kerana apa yang kau lihat semata
tapi...
kerana baik dan buruk yang ada pada diriku sepenuhnya..


Cukup sekadar ku dambakan pemilik tulang rusukku yang cenderung kepada tarbiyah dan dakwah..

JANGAN mencari kesempurnaan pada diriku kerana pasti kau tidak akan temuinya..

Aku beruntung kerana kau memilihku tetapi maaf jika kau tidak beruntung memilikiku..

Mencintai dan dicintai kerana Allah impian cintaku..



Web Asal Artikel ini: KLIK SINI 



No comments:

Post a Comment